Monday 27 October 2014

JAWATAN KOSONG DI KPDNKK

 
Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa memohon untuk mengisi jawatan kosong seperti berikut:

1. Jawatan : Pegawai Pemantau Harga
2. Kementerian : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
3. Bayaran Perkhidmatan : RM1,500.00 sebulan
4. Kemudahan elaun : Sekiranya diarahkan menjalankan tugas rasmi yang
berkaitan dengan tugas-tugas pemantauan di luar
pejabat, Pekerja layak membuat tuntutan bagi perkara-perkara berikut tertakluk kepada penetapan
kadar tuntutan atas Gred 17
5. Syarat lantikan : Calon hendaklah memiliki kelayakan berikut: -
(a) warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada 1 Januari 2014;
(b) memiliki sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan dari institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(c) kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
(d) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis serta menterjemah secara serentak dari Bahasa Mandarin ke Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris atau sebaliknya; atau
2
(e) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis serta menterjemah secara serentak dari Bahasa Tamil ke Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris atau sebaliknya
6. Taraf Jawatan : Kontrak untuk Perkhidmatan (Contract for Service)
7. Tempoh Lantikan : mulai tarikh lapor diri hingga 31 Disember 2014
8. Kekosongan : W.P. Putrajaya

9. Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menghantar resume bergambar ke alamat berikut: -

Pengarah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Aras 6 (Podium 1), No.13,
Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 PUTRAJAYA

10. Tarikh tutup iklan adalah pada 28 Oktober 2014 (Selasa) selewat-lewatnya sebelum/pada jam 5.00 petang.
11. Catatan am: -
(a) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk ditemu duga.
(b) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tersebut tidak berjaya.

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN LEMBAGA KOKO MALAYSIA

Logo LKM 


Lembaga Koko Malaysia mempelawa permohonan dari warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap di Lembaga Koko Malaysia. Maklumat jawatan dan syarat kelayakan adalah seperti berikut:-
1. PEGAWAI PENYELIDIK (Bil. Kekosongan : 1)

(Penempatan Kekosongan : Pusat Inovasi dan Teknologi Koko, Nilai, Negeri Sembilan)
i. Klasifikasi Perkhidmatan : Penyelidikan dan Pembangunan
ii. Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
iii. Taraf Jawatan : Tetap

v. Syarat Kelayakan :
a) Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana atau Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Kejuruteraan Kimia / Kejuruteraan Proses / Kejuruteraan Mekanikal daripada Universiti-universiti Tempatan dan luar negara atau kelayakan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
DAN b) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Keutamaan adalah diberi kepada pemohon yang memperolehi Ijazah Sarjana dan mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan)

Syarat-Syarat Permohonan
i) Terdiri daripada warganegara Malaysia.
ii) Calon-calon bagi lantikan hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
iii) Bagi calon-calon yang terdiri daripada pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-badan Berkanun dan Kuasa Tempatan hendaklah berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh iklan serta mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan mengemukakan bersama Laporan Nilaian Prestasi Tahun 2012 atau 2013, Kenyataan Perkhidmatan yang kemas kini dan Laporan Pengisytiharan Harta.
Penaklukan Di bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan
Calon-calon yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.
Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan yang boleh dicetak melalui Laman Sesawang Lembaga di alamat www.koko.gov.my
Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta sekeping gambar berukuran paspot dan salinan Ijazah, Diploma (termasuk transkrip keputusan peperiksaan semua semester), STPM/SPM/, Sijil Berhenti Sekolah dan lain-lain dokumen (spt, kad pengenalan, sijil lahir, dll lagi) yang DIAKUI SAH oleh Pegawai Dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional dan hendaklah dihantar tidak lewat pada 31 OKTOBER 2014 ke Ibupejabat Lembaga Koko Malaysia di alamat:-

KETUA PENGARAH
LEMBAGA KOKO MALAYSIA
TINGKAT 5, 6 & 7 WISMA SEDCO,
LORONG PLAZA WAWASAN
OFF COASTAL HIGHWAY
BEG BERKUNCI 211
88999 KOTA KINABALU, SABAH.

Nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatit disudut atas sebelah kiri sampul surat. Sebarang permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan dan akan dianggap tidak berjaya, hanya calon-calon yang layak selepas tapisan/senarai pendek sahaja akan dihubungi untuk ditemuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.


Tarikh Tutup : 31 Oktober 2014