Tuesday 28 June 2016

PELUANG KERJAYA DALAM SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM (SPA) - SEBELUM/ PADA 3 JULAI 2016


Jawatan Kosong: Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) - 13 Julai 2016



Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mempelawa seluruh warga Malaysia  yang berkelayakan  dan berumur tidak kurang dari 18 tahun  untuk mengisi kekosongan jawatan bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana di Universiti ini.

BIL JAWATAN GRED
1SETIAUSAHA PEJABATN29
2PEMBANTU PUSTAKAWAN S19
3PUSTAKAWANS41
4PEGAWAI BELIA DAN SUKANS41
5PENYELIA ASRAMAN19
6PEMBANTU AWAMH11
7PEMBANTU KEMAHIRANH19
8PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)W19
9PEMBANTU AKAUNTANW19
10PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)N19
KAEDAH PERMOHONAN:


    1. Semua permohonan jawatan bukan akademik WAJIB menggunakan Sistem Permohonan Jawatan secara online dengan melayari LAMAN WEB UTeM dan klik di Quick Links – Job Vacancies dan seterusnya pada Iklan Perjawatan Bukan Akademik untuk mengisi Borang Permohonan Online yang disediakan mulai 22 Jun 2016 - 13 Julai 2016
    2. Pemohon-pemohon yang tidak menggunakan permohonan jawatan secara online tidak akan dipertimbangkan;
    3. Syarat-syarat lantikan boleh didapati melalui laman web UTeM seperti di atas dengan klik pada gred jawatan yang hendak dipohon di Borang Permohonan Jawatan Online.
    4. Calon dinasihatkan untuk membaca Arahan Pengisian semasa mengisi Borang Permohonan Jawatan Online. Kegagalan mengisi borang dengan lengkap dan memuat naik dokumen sokongan boleh menyebabkan permohonan calon ditolak.
    5. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk menjalani ujian saringan atau temuduga.
    6. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh tutup iklan, hendaklah dianggap tidak berjaya.
    7. Tarikh tutup permohonan melalui sistem permohonan jawatan secara online mestilah tidak lewat dari 13 Julai 2016. 

         
TARAF JAWATAN: Kontrak
PERTANYAAN:
Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian  06- 331 6138/ 331 6022 (Unit Perjawatan Pentadbiran)
PERHATIAN:

Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan dikehendaki membuat permohonan secara online dan perlu melalui Ketua Jabatan masing-masing.
Calon yang berjaya terpilih ke Temu Duga dikehendaki membawa bersama:

1.
perakuan bertulis daripada Ketua Jabatan yang menyatakan sama ada menyokong / tidak menyokong permohonan pegawai berkenaan.
Muat Turun
2. kenyataan perkhidmatan yang telah dikemaskini
3. laporan pengisytiharan harta
4. laporan penilaian prestasi yang terkini (3 tahun kebelakang)
5. kenyataan bebas dari sebarang tindakan tatatertib.