Tuesday 25 March 2014

Permohonan Bagi Jawatan Di Dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM)

Permohonan Bagi Jawatan Di Dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
   
  Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi jawatan di dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) juga boleh dibuat secara online melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) mulai 20 Mac 2012 yang lalu. Ini adalah kerana SPA telah berkongsi kepakaran pelaksanaan aplikasi eSMSM dengan Suruhanjaya Pasukan Polis untuk permohonan jawatan.

Ia juga adalah selaras dengan hasrat SPA untuk bekerjasama dan mewujudkan amalan perkongsian pintar antara agensi kerajaan yang mempunyai kepakaran dalam bidang IT serta berkongsi pengalaman dengan agensi lain khususnya dalam bidang ICT. Untuk makluman, SPA hanyalah menguruskan urusan permohonan sahaja manakala perjawatan/urusan pengambilan adalah diuruskan oleh PDRM sendiri.

Oleh yang demikian, segala pertanyaan mengenai perjawatan/urusan pengambilan hendaklah dirujuk dengan pihak PDRM di Portal PDRM www.rmp.gov.my.

Iklan Kerjaya SPA Malaysia

Iklan

Thursday 20 March 2014

Penajaan Kementerian Pelajaran Malaysia Bagi Kakitangan Bukan Akademik IPT

HLP Bagi Kakitangan Bukan Akademik IPTA
PROGRAM
HLP Bagi Kakitangan Bukan Akademik IPTA
OBJEKTIF
  • Selaras dengan hasrat KPT untuk meningkatkan tahap profesionalisme pentadbir di IPTA.
GOLONGAN SASARAN
  • Pegawai-pegawai bukan akademik di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Gred 41 dan ke atas bagi mengikuti pengajian di peringkat ijazah lanjutan di dalam dan luar Negara.
PERINGKAT PENGAJIAN
  • PhD
  • Sarjana
TEMPAT PENGAJIAN
  • Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
  • UTP
  • MMU
  • UNITEN
  • Universiti luar Negara yang diiktiraf oleh Kerajaan
IKATAN             PERJANJIAN
  • Calon yang layak akan dikenakan ikatan perjanjian dan tempoh kontrak berkuat kuasa adalah bergantung kepada tempoh pengajian yang dibiayai oleh Kementerian.
SYARAT
SYARAT UMUM

Pegawai yang diperakukan untuk mengikuti kursus pasca ijazah hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan perwatakan/sikap yang sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya berupaya memberi sumbangan ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi. Mereka juga hendaklah mempunyai kelayakan ijazah pertama yang diiktiraf atau kelayakan yang setaraf dengannya.


SYARAT
SYARAT KHUSUS
 
  • Berumur tidak lebih daripada 45 tahun untuk peringkat pengajian Sarjana dan 43 tahun bagi peringkat PhD;
  • Telah disahkan dalam perkhidmatan pada tarikh tutup permohonan;
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda (pencapaian CGPA minimum 2.50) bagi pengajian peringkat Sarjana dan Ijazah Sarjana bagi pengajian peringkat PhD;
  • Mencapai Gred A dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (purata minimum 85 markah) bagi tempoh 3 tahun berturut-turut;
  • Kursus yang diikuti adalah berkaitan dengan tugas pegawai dan diperlukan demi kepentingan perkhidmatan;
  • Permohonan diperakukan oleh pihak universiti;
  • Perlu memohon ke universiti lain dari tempat berkhidmat;
  • Mematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus jangka panjang/pendek           sebelumnya seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 (jika berkenaan);
  • Mematuhi syarat yang ditetapkan dalam Garis Panduan Kemudahan Cuti Belajar Kepada Penjawat Awam seperti berikut:
·         Bagi calon yang telah mengikuti cuti belajar melebihi 12 bulan di dalam atau di luar Negara, boleh dipertimbangkan untuk mengikuti kursus jangka         panjang yang berikutnya sama ada di dalam atau di luar Negara selepas genap 2 tahun tamat mengikuti kursus yang terdahulu dengan jayanya;
·         Bagi calon yang telah mengikuti cuti belajar kurang daripada 12 bulan tetapi melebihi 3 bulan di dalam atau di luar Negara, boleh dipertimbangkan  untuk mengikuti kursus jangka panjang yang berikutnya sama ada di dalam atau di luar Negara selepas genap 1 tahun tamat mengikuti kursus yang terdahulu dengan jayanya.
  • Tidak menerima sebarang bentuk penajaan daripada mana-mana penaja lain;
  • Bersih daripada pertuduhan tatatertib dan bebas daripada dakwaan mahkamah;
  • Telah mengisytiharkan harta dalam tempoh 5 tahun kebelakang mengikut peraturan yang sedang berkuat kuasa.
  • Menyediakan kertas cadangan pengajian (proposal)
 
Syarat Tambahan Bagi Permohonan Pengajian di Luar Negara:
(boleh diduduki selepas calon berjaya ditawarkan Hadiah Latihan Persekutuan oleh Kementerian ini) :
 
  • Mendapat tawaran tempat pengajian dan diterima masuk ke universiti yang mempunyai ranking atau rating yang ditetapkan;
  • Mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris sama ada TOEFL 600 (paper based) atau 240 (computer-based) atau 92 (internet-based) atau IELTS sekurang-kurangnya lulus band 6.5.
  • Lulus Kursus Khas Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara.

 
PEMILIHAN
Hanya permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat-syarat ditetapkan sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.
Pemilihan muktamad akan diputuskan oleh Jawatankuasa Biasiswa, KPT.
PERMOHONAN / PERTANYAAN

Hebahan permohonan adalah melalui Portal KPT dan permohonan adalah secara atas talian.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Unit Biasiswa
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya
Talian Utama

03 – 8870 6000 (samb.)
Faks
:
03 – 8870 6839

Penajaan Kementerian Pelajaran Malaysia Bagi Pensyarah IPT

Postgraduate Diploma In Enterprenuership
PROGRAM
Postgraduate Diploma In Enterprenuership
OBJEKTIF
  • Program Diploma Keusahawanan Pasca-Siswazah ini merupakan pengajian secara  separuh masa di Cambridge Judge Business School, United Kingdom yang menjurus kepada perkongsian pengalaman keusahawanan, pembinaan budaya dan kemahiran keusahawanan, mempergunakan inovasi keusahawanan, membangunkan dan mengembangkan sektor industri baru serta membina rangkaian kerjasama global.
GOLONGAN SASARAN
  • Pensyarah IPTA/Politeknik/Kolej Komuniti
PERINGKAT PENGAJIAN
  • Diploma Pasca Siswazah (Keusahawanan)
TEMPAT PENGAJIAN
  • Judge Business School, University of Cambridge, U.K dengan kerjasama IPTA
IKATAN              PERJANJIAN
  • Calon yang layak akan dikenakan ikatan perjanjian dan tempoh kontrak berkuat kuasa adalah bergantung kepada tempoh pengajian yang dibiayai oleh Kementerian.
  • Kementerian berhak menarik balik penajaan serta mengenakan tuntutan gantirugi ke atas calon sekiranya:
 i. calon diberhentikan oleh pihak JBS, Universityof Cambridge kerana masalah disiplin, kelemahan akademik atau sebab-sebab lain yang digariskan oleh syarat program dan pihak JBS; dan
ii. calon menarik diri dalam tempoh tajaan tanpa kebenaran.
SYARAT
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak lebih 50 tahun;
  • Calon merupakan tenaga akademik dalam bidang keusahawanan di IPTA/Politeknik/Kolej Komuniti;
  • Telah disahkan dalam jawatan;
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf yang terkemuka/diiktiraf oleh Kerajaan dengan CGPA sekurang-kurangnya Kelas Dua Atas atau setaraf dengannya;
  • Mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris IELTS 7.0 dengan band minima 6.0 bagi setiap komponen atau TOEFL (100 internet based); dan
  • Menyediakan satu rangka kerja projek keusahawanan.
PERMOHONAN / PERTANYAAN

Unit Skim Latihan Akademik IPTA
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya
Talian Utama

03 – 8870 6000 (samb.)
Faks
:
03 – 8870 6839

Penajaan Kementerian Pelajaran Malaysia Bagi Pensyarah IPT

HLP SB Bagi PPPT

PROGRAM
HLP SB Bagi PPPT
OBJEKTIF
Dilaksanakan sebagai menyokong program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH). Objektif adalah seperti berikut:
  • Meningkatkan kualiti tenaga pengajar politeknik dan kolej komuniti.
  • Memperkasa pengajian tinggi dengan 30% pensyarah di politeknik dan kolej komuniti memiliki kelayakan sarjana dan PhD pada tahun 2020.
  • Sebagai salah satu strategi untuk memperkasakan pengajian tinggi negara bagi menjadikan Malaysia sebagai pusat pengajian tinggi serantau.
  • Untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pendidikan di politeknik dan kolej komuniti melalui pewujudan tenaga pengajar yang berpendidikan tinggi.
GOLONGAN SASARAN
  • Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) dalam kumpulan Pengurusan dan                Profesional yang berkhidmat di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
PERINGKAT PENGAJIAN
  • PhD
  • Sarjana
TEMPAT PENGAJIAN
  • 20 IPTA
  • UTP
  • MMU
  • UNITEN
IKATAN             PERJANJIAN
  • Calon yang layak akan dikenakan ikatan perjanjian dan tempoh kontrak berkuat kuasa adalah bergantung kepada tempoh pengajian yang dibiayai oleh Kementerian.
SYARAT
SYARAT UMUM
  • Pegawai-pegawai yang diperakukan untuk mengikuti kursus ijazah lanjutan hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan perwatakan/sikap yang sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya berupaya memberi sumbangan ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi. Pegawai juga hendaklah mempunyai kelayakan ijazah pertama yang diiktiraf atau kelayakan yang setaraf dengannya.

SYARAT
 SYARAT KHUSUS

  • Berumur tidak lebih 50 tahun bagi peringkat Sarjana dan 46 tahun bagi peringkat Kedoktoran (PhD)pada tarikh tutup permohonan;
  • Telah disahkan dalam perkhidmatan;
  • Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun dalam skim PPPT pada tarikh tutup permohonan;
  • Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan (purata minimum 85 markah) setiap tahun bagi tiga tahun terkini;
  • Telah menerima tawaran untuk mengikuti pengajian secara separuh masa / sambilan di mana-mana IPTA tempatan, Universiti Multimedia, Universiti Teknologi Petronas atau Universiti Tenaga Nasional;
  • Telah mendaftar untuk sesi akademik tahun yang berkenaan;
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan (pencapaian CGPA minimum 2.5) bagi pengajian peringkat Sarjana dan Ijazah Sarjana yang baik bagi pengajian peringkat PhD;
  • Belum memiliki kelayakan Ijazah Lanjutan di peringkat yang sama tanpa mengira bidang pengkhususan;
  • Kursus yang diikuti adalah berkaitan dengan tugas pegawai dan diperlukan demi kepentingan perkhidmatan;
  • Tidak menerima sebarang bentuk penajaan daripada mana-mana badan penaja lain;
  • Bebas daripada sebarang hukuman tatatertib dan dakwaan di mahkamah; dan
  • Telah mengisytiharkan harta mengikut peraturan yang sedang berkuat kuasa.

PEMILIHAN
Hanya permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat-syarat ditetapkan sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.
Pemilihan muktamad akan diputuskan oleh Jawatankuasa Biasiswa, KPT.
PERMOHONAN / PERTANYAAN

Hebahan permohonan adalah melalui Portal KPT dan permohonan adalah secara atas talian.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Unit Biasiswa
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya
Talian Utama

03 – 8870 6000 (samb.)
Faks
:
03 – 8870 6839

Penajaan Kementerian Pelajaran Malaysia Bagi Pensyarah IPT

HLP Dengan Kemudahan CBBP Bagi PPPT

PROGRAM
HLP dengan Kemudahan CBBP Bagi PPPT
OBJEKTIF
Program ini merupakan program yang menaja pegawai-pegawai Skim Perkhidmatan Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) di Gred 41 dan ke atas bagi mengikuti pengajian peringkat ijazah lanjutan sama ada dengan kemudahan cuti belajar bergaji penuh untuk pengajian di dalam / luar Negara. Bidang-bidang yang ditawarkan adalah berdasarkan unjuran keperluan yang dikeluarkan oleh Bahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pengajian Politeknik. Objektif program adalah seperti berikut:
 
  • Meningkatkan kualiti tenaga pengajar politeknik dan kolej komuniti.
  • Memperkasa pengajian tinggi dengan 30% pensyarah di politeknik dan kolej komuniti memiliki kelayakan sarjana dan PhD pada tahun 2020.
  • Sebagai salah satu strategi untuk memperkasakan pengajian tinggi negara bagi menjadikan Malaysia sebagai pusat pengajian tinggi serantau.
  • Untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pendidikan di politeknik dan kolej komuniti melalui pewujudan tenaga pengajar yang berpendidikan tinggi.
GOLONGAN SASARAN
  • Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) dalam kumpulan Pengurusan dan                Profesional yang berkhidmat di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
PERINGKAT PENGAJIAN
  • PhD
  • Sarjana
TEMPAT PENGAJIAN
Pengajian Sepenuh Masa:
  • 20 IPTA
  • UTP
  • MMU
  • UNITEN
  • Universiti luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan
IKATAN             PERJANJIAN
  • Calon yang layak akan dikenakan ikatan perjanjian dan tempoh kontrak berkuat kuasa adalah bergantung kepada tempoh pengajian yang dibiayai oleh Kementerian.
SYARAT
SYARAT UMUM
 
  • Pegawai-pegawai yang diperakukan untuk mengikuti kursus ijazah lanjutan hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan  perwatakan/sikap yang sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya berupaya memberi sumbangan ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi. Pegawai juga hendaklah mempunyai kelayakan ijazah pertama yang diiktiraf atau kelayakan yang setaraf dengannya.





SYARAT
 SYARAT KHUSUS
  
  • Berumur tidak lebih daripada 45 tahun untuk peringkat pengajian Sarjana dan 43 tahun bagi peringkat PhD;
  • Telah disahkan dalam perkhidmatan pada tarikh tutup permohonan;
  • Telah berkhidmat sekurang-kurangnya selama tiga (3) tahun dalam skim PPPT (gred 41 dan ke atas) pada tarikh tutup  permohonan;
  • Mencapai Gred A dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (purata minimum 85 markah)  bagi tempoh 3 tahun genap perkhidmatan (penilaian LNPT genap 12 bulan) berturut-turut;
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan (pencapaian CGPA minimum 2.5) bagi pengajian peringkat Sarjana dan Ijazah Sarjana bagi pengajian peringkat PhD;
  • Belum memiliki kelayakan Ijazah Lanjutan di peringkat yang sama tanpa mengira bidang pengkhususan;
  • Mematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus jangka panjang/pendek           sebelumnya seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 (jika berkenaan);
  • Mematuhi syarat yang ditetapkan dalam Garis Panduan Kemudahan Cuti Belajar Kepada Penjawat Awam seperti berikut:
·         Bagi calon yang telah mengikuti cuti belajar melebihi 12 bulan di dalam atau di luar Negara, boleh dipertimbangkan untuk mengikuti kursus jangka   panjang yang berikutnya sama ada di dalam atau di luar Negara selepas genap 2 tahun tamat mengikuti kursus yang terdahulu dengan jayanya;
·         Bagi calon yang telah mengikuti cuti belajar kurang daripada 12 bulan tetapi melebihi 3 bulan di dalam atau di luar Negara, boleh dipertimbangkan  untuk mengikuti kursus jangka panjang yang berikutnya sama ada di dalam atau di luar Negara selepas genap 1 tahun tamat mengikuti kursus yang terdahulu dengan jayanya.
  • Telah mengisytiharkan harta dalam tempoh 5 tahun kebelakang mengikut peraturan yang sedang berkuat kuasa;
  • Bersih daripada pertuduhan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah;
  • Menyediakan kertas cadangan pengajian (proposal).
 
Syarat Tambahan Bagi Permohonan Pengajian di Luar Negara:
(boleh diduduki selepas calon berjaya ditawarkan Hadiah Latihan Persekutuan oleh Kementerian ini) :
 
  • Mendapat tawaran tempat pengajian dan diterima masuk ke universiti yang mempunyai ranking atau rating yang ditetapkan;
  • Mempunyai kemahiran Mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris sama ada TOEFL 600 (paper based) atau 240 (computer-based) atau 92 (internet-based); atau  IELTS sekurang-kurangnya lulus band 6.5.
  • Lulus Kursus Khas Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara
PEMILIHAN
Hanya permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat-syarat ditetapkan sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.
Pemilihan muktamad akan diputuskan oleh Jawatankuasa Biasiswa, KPT.

PERMOHONAN / PERTANYAAN
Hebahan permohonan adalah melalui Portal KPT dan permohonan adalah secara atas talian.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Unit Biasiswa
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya
Talian Utama

03 – 8870 6000 (samb.)
Faks
:
03 – 8870 6839
 

Penajaan Kementerian Pelajaran Malaysia Bagi Pensyarah IPT

Sub Kepakaran / Post Doktoral
PROGRAM SUB KEPAKARAN / POST DOKTORAL
OBJEKTIF Menyediakan biasiswa kepada pensyarah-pensyarah di IPTA melanjutkan pengajian di              peringkat Sub-Kepakaran Perubatan dan Pasca Kedoktoran di dalam dan luar Negara bagi :
  • Meningkatkan mutu pengajaran dan pendidikan di IPTA melalui latihan berterusan dalam pelbagai kepakaran bagi seseorang pensyarah
  • Menyokong pelaksanaan rancangan latihan sedia ada yang dijalankan oleh IPTA
  • Menggalakan seseorang pensyarah mempunyai 2 bidang kepakaran yang berlainan dalam memantapkan pembangunan modal insan.
GOLONGAN SASARAN
  • Pensyarah yang  telah berkhidmat sekurang-kurangnya satu (1)  tahun selepas dianugerahkan PhD atau Sarjana Kepakaran dan tidak pernah mengikuti pengajian peringkat Pasca Kedoktoran/Sub-Kepakaran
PERINGKAT PENGAJIAN
  • Sub Kepakaran
  • Pasca kedoktoran
TEMPAT PENGAJIAN
  • Semua universiti dalam dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan.
IKATAN             PERANJIAN
  • Calon yang layak akan dikenakan ikatan perjanjian dan tempoh kontrak berkuat kuasa adalah bergantung kepada tempoh pengajian yang dibiayai oleh Kementerian.
SYARAT
  • Warganegara Malaysia;                                                                             
  • Telah disahkan dalam jawatan;                                                            
  • Bebas daripada tindakan tatatertib;                                                   
  • Berkhidmat sekurang-kurangnya satu (1) tahun selepas dianugerahkan PhD atau Sarjana Kepakaran;
  • Diperakukan oleh pihak majikan;                                                        
  • Tempoh kursus tidak melebihi 2 tahun; 
  • Lulus dengan jayanya Kursus Khas Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara; dan                                           
  • IELTS/TOEFL dikecualikan .
                                                     
PERMOHONAN / PERTANYAAN

Anda boleh mengemukakan permohonan melalui pegawai biasiswa / pegawai Hal Ehwal Pelajar di pusat pengajian masing-masing.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Unit Skim Latihan Akademik IPTA
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya
Talian Utama
03 – 8870 6000 (samb.)
Faks : 03 – 8870 6839

Penajaan Kementerian Pelajaran Malaysia Bagi Pensyarah IPT

SKIM LATIHAN AKADEMIK BUMIPUTRA (SLAB) /SKIM LATIHAN AKADEMIK IPTA (SLAI)
PROGRAM SKIM LATIHAN AKADEMIK BUMIPUTRA (SLAB) /SKIM LATIHAN AKADEMIK IPTA (SLAI)
OBJEKTIF
  • Meningkatkan kualiti anggota akademik berkelayakan PhD atau setaraf bagi mencapai 75% di Universiti Penyelidikan (RU) dan 60% di Universiti Bukan Penyelidikan pada tahun 2015.
  • Merupakan sebagai salah satu strategi untuk memperkasakan pengajian tinggi negara bagi menjadikan Malaysia sebagai pusat pengajian tinggi   serantau.
  • Menambahkan keperluan tenaga pengajar yang mendesak mengikut keperluan disiplin, menyokong pelaksanaan rancangan latihan sedia ada yang dijalankan oleh IPTA.
  • Meningkatkan mutu pengajaran dan pendidikan di IPTA melalui pewujudan tenaga pengajar yang berpendidikan tinggi.
GOLONGAN     SASARAN
  • Tutor, felo dan pensyarah di IPTA
PERINGKAT PENGAJIAN
  • Ijazah Kedoktoran atau setaraf
TEMPAT PENGAJIAN
  • Semua universiti dalam dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan
IKATAN               PERJANJIAN
  • Setiap calon mempunyai dua ikatan perjanjian iaitu bersama IPTA selaku majikan dan KPT bagi pihak Kerajaan dan tempoh kontrak berkuat kuasa adalah bergantung kepada tempoh pengajian yang dibiayai oleh Kementerian.
  • Kedua-dua perjanjian berjalan serentak kecuali jika pegawai mempunyai baki tempoh kontrak dari perjanjian yang terdahulu atau pemindahan kontrak dari penaja lain seperti JPA, maka baki kontrak tersebut perlu diselesaikan terlebih dahulu bermula dari tarikh pegawai melapor diri selepas menamatkan pengajian.
  • Kegagalan disebabkan pelanggaran perjanijan, tindakan ganti rugi akan dikenakan.
SYARAT
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak lebih daripada 45 tahun untuk peringkat pengajian Sarjana dan 43 tahun bagi peringkat PhD;
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 3.0 ke atas atau Kelas Dua Atas;
  • Tidak menerima sebarang bentuk penajaan dari lain-lain penaja;
  • Tiada ikatan perjanjian dengan pihak-pihak lain;
  • Lulus Tapisan Keselamatan Kerajaan;
  • Permohonan diperakukan oleh pihak universiti;
  • Bebas dari tindakan mahkamah atau tindakan tatatertib;
  • Menyediakan kertas cadangan pengajian (proposal);
Syarat Tambahan Bagi Permohonan Pengajian di Luar Negara:
  • Mendapat tawaran tempat pengajian dan diterima masuk ke universiti yang mempunyai ranking atau rating yang ditetapkan;
  • Mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris sama ada TOEFL 600 (paper based) atau 240 (computer-based) atau 92 (internet-based) atau IELTS sekurang-kurangnya lulus band 6.5
  • Lulus dengan jayanya Kursus Khas Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara.
PERMOHONAN / PERTANYAAN

Anda boleh mengemukakan permohonan melalui pegawai biasiswa / pegawai Hal Ehwal Pelajar di pusat pengajian masing-masing.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Unit Skim Latihan Akademik IPTA
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya
Talian Utama
03 – 8870 6000 (samb.)
Faks : 03 – 8870 6839

Peluang Kerjaya Di Kementerian Pendidikan Malaysia

Senarai Alamat Kolej Matrikulasi Di Seluruh Malaysia

Institusi/ Alamat Telefon/ FaksE-mel/ Laman Web
Kolej Matrikulasi Melaka
Kementerian Pendidikan Malaysia 78300 Masjid Tanah
Tel:06-3847778
Faks:06-3887190
E-mel:webmaster@kmm.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmm.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
Kementerian Pendidikan Malaysia, 72000 Kuala Pilah
Tel:06-4841825
Faks:06-4841821
E-mel:adminweb@kmns.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmns.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pendidikan Malaysia, Pongsu Seribu, 13200 Kepala Batas
Tel:04-5756090 , 04-5750836
Faks:04-5757389
E-mel:admin@kmpp.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmpp.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Perlis
Kementerian Pendidikan Malaysia, 02600 Arau,
Tel:04-9868541
Faks:04-9868543
E-mel:kmp@kmp.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmp.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Labuan
Kementerian Pendidikan Malaysia, Jalan OKK Daud, Merinding, Peti Surat 81375, 87027 Labuan
Tel:087-465316
Faks:087-465715
E-mel: adminkml@kml.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kml.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Johor
Kementerian Pendidikan Malaysia, Jalan Payamas, 84900 Tangkak
Tel:06-9781613
Faks:06-9781672
E-mel:infokmj@gmail.com
Laman Web:http://www.kmj.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Perak
Kementerian Pendidikan Malaysia, 31600 Gopeng
Tel:05-3594949, 05-3511384
Faks:05-3594413
E-mel:psm_kmpk@yahoo.com.my
Laman Web:http://www.kmpk.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Kedah
Kementerian Pendidikan Malaysia 06010 Changlun
Tel:04-9286100
Faks:04-9242186
E-mel:matrikkedah@kmk.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmk.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Pahang
Kementerian Pendidikan Malaysia, 26300 Gambang
Tel:09-5495000
Faks:09-5498996
E-mel:mia@kmph.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmph.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah
Kementerian Pendidikan Malaysia, Pokok Tai, 06720 Pendang
Tel:04-4682508
Faks:04-4682281
E-mel:afifah.kmtk@gmail.com
Laman Web:www.kmtk.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang
Kementerian Pendidikan Malaysia, 26400 Bandar Tun Abdul Razak, Jengka.
Tel:09-4677103
Faks:09-4661148
E-mel:syazwani.shafie@kmtph.matrik.edu.my
Laman Web:www.kmtph.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Teknikal Johor
Kementerian Pendidikan Malaysia, KM 5 Jalan Kukup, Mukim Rimba Terjun, Pontian 82000 Pontian
Tel:07-6881630
Faks:07-6881631
E-mel:aidasuzana@kmtj.matrik.edu.my
Laman Web:www.kmtj.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Selangor
Kementerian Pendidikan Malaysia, Mukim Jugra,42700 Banting
Tel:03-31201375
Faks:03-31201372
E-mel:badruldin@kms.matrik.edu.my
Laman Web:www.kms.edu.my
Kolej MARA Kulim
Kementerian Pendidikan Malaysia Jalan Junjong 09000 Kulim
Tel:04-4906422
Faks:04-4906426
E-mel:info@kmkulim.edu.my
Laman Web:www.kmkulim.edu.my
Kolej MARA Kuala Nerang
Kementerian Pendidikan Malaysia Lot 556, Daerah Padang Terap 06300 Kuala Nerang
Tel:04-7867250/255
Faks:04-7867254
E-mel:sysadmin@knerang.edu.my
Laman Web:www.kmkn.edu.my
Kolej Matrikulasi Kelantan
Kementerian Pendidikan Malaysia D/A Sekolah Menengah Kebangsaan Selising 16810 Pasir Puteh, Kelantan Darul Naim.
Tel:097530046
Faks:097530057
E-mel:webmaster@kmkt.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmkt.matrik.edu.my/
Kolej Matrikulasi Sarawak
Kementerian Pendidikan Malaysia Lot 216, Fasa II Taman Perindustrian Sejingkat Peti Surat P17 94357 Kuching, Sarawak
Tel:082-439100
Faks:082-433107/108
E-mel: admin@kmsw.matrik.edu.my
Laman Web:www.kmsw.matrik.edu.my

Syarat Am Permohonan UPU

Program Lepasan SPM/SetarafSyarat Am Permohonan
 
Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf adalah seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia dan
  • Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia/setaraf (SPM/setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah dalam peperiksaan SPM.
Program pengajian untuk Bumiputera dan Bukan Bumiputera:
  • Semua program di UITM, program Asasi di UIAM, program Asasi Sains dan program Asasi Alam Bina di UM, program Asasi di UNIMAS, program Asasi di UMS terbuka kepada Bumiputera sahaja.
  • Semua program asasi di UPM, UKM, UPNM, program Asasi Pengajian Islam di UM, program Tahmidi di USIM dan semua program Diploma di UPM, UTM, UPSI, UTHM, UMT, UTeM, UMP, UniMAP dan UniSZA dan Politeknik Premier terbuka kepada pemohon Bumiputera dan Bukan Bumiputera.
Program Lepasan STPM/SetarafSyarat Am Permohonan
 
Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf adalah seperti berikut:
  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia yang mempunyai Nombor Kad Pengenalan/My Kad dan Bukan Warganegara Malaysia.
  • Bagi Bukan Warga Negara Malaysia perlu memohon terus ke IPTA berkaitan.
  • Lulus SPM atau peperiksaan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia serta mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Melayu. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu Kertas Julai diambil kira; dan
  • Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2013 dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:
    • Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am, dan
    • Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain, atau
    • Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 di peringkat Matrikulasi/Asasi tahun 2013; atau
    • Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM tahun 2013 atau 2012; atau
    • Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA; atau
    • Lulus peperiksaan STPM Tahun 2012 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am atau Matrikulasi/Asasi Tahun 2012 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 atau STAM tahun 2011 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap Jayyid; dan
    • Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

e-Panduan Permohonan Kemasukan ke IPTA

Permohonan Kemasukan ke Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti & ILKA

logo

e-Panduan
Permohonan Kemasukan ke Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti & ILKA


KLik Sini !!!!!!!
 
https://online.moe.gov.my/upu/vteilka/fepanduan/index.php

Wednesday 19 March 2014

Tarikh penting UPU 2014/2015 bagi lepasan SPM dan STPM 2013

Tarikh penting bagi lepasan SPM dan STPM 2013
Tarikh-tarikh penting UPU 2014/2015

19/01/2014 :- Iklan permohonan upu dalam keratan akhbar
20/01/2014 :- Sistem permohonan upu lepasan spm,stpm setaraf dibuka
20/01/2014 :- Jualan no ID di seluruh BSN
09/03/2014 :- Iklan permohonan SPM,politeknik, STPM & Diploma setara
07/04/2014 :- Permohonan tutup bagi sistem permohonan ke politeknik dan Ipta
14/04/2014 :- Semakan panggilan temuduga lepasan spm setaraf
16/04/2014 :- Semakan panggilan temuduga lepasan spm setaraf
14/04/2014 :- Tarikh akhir penghantaran salinan permohonan dan dokumen
16/04/2014 :- Semakan temuduga lepasan spm ke politeknik/Institut kemahiran
16/04/2014 :- Tarikh temuduga lepasan spm setaraf
28/04/2014 :- Tarikh temuduga lepasan spm setaraf
18/04/2014 :- Temuduga ke politeknik/ Institut kemahiran lepasan spm setaraf
29/04/2014 :- Temuduga ke politeknik/Institut kemahiran lepasan spm setaraf
04/05/2014 :- Hebahan keputusan Permohonan Ipta & politeknik premier lepasan spm
10/05/2014 :- Hebahan keputusan Permohonan Ipta & politeknik premier lepasan spm
04/05/2014 :- Hebahan keputusan Permohonan politeknik ILKA lepasan spm
10/05/2014 :- Hebahan keputusan Permohonan politeknik ILKA lepasan spm
11/05/2014 :- Aplikasi e-rayuan dibuka kepada calon yg gagal ke ipta
17/05/2014 :- Aplikasi e-rayuan dibuka kepada calon yg gagal ke ipta
16/05/2014 :- Semakan temuduga bukan pendidikan dan ujian medsi(STPM)
20/05/2014 :- Ujian medsi dijalankan di IPTA
25/05/2014 :- Ujian Medsi dijalankan di IPTA
22/05/2014 :- Temuduga bukan pendidikan stpm setaraf
06/06/2014 :- Temuduga bukan pendidikan stpm setaraf
25/05/2014 :- Pendaftaran Pelajar Baharu Asasi
02/06/2014 :- Pendaftaran pelajar baharu Diploma
03/06/2014 :- Permohonan Fasa 2 dibuka bgi lepasan matrikulasi
09/06/2014 :- Permohonan Fasa 2 dibuka bgi lepasan matrikulasi
08/06/2014 :- Hebahan keputusan rayuan lepasan spm setaraf
14/06/2014 :- Hebahan keputusan rayuan lepasan spm setaraf
16/06/2014 :- Temuduga program pendidikan oleh ipta ( STPM setaraf)
22/06/2014 :- Temuduga program pendidikan oleh ipta ( STPM setaraf)
03/08/2014 :- Hebahan keputusan Ipta lepasan STPM
09/08/2014 :- Hebahan keputusan ipta lepasan STPM
03/08/2014 :- Aplikasi E-rayuan dibuka bgi calon yg gagal (STPM svetaraf)
09/08/2014 :- Aplikasi E-rayuan dibuka bgi calon yg gagal (STPM setaraf)
28/08/2014 :- Tarikh akhir penghantaran dokumen bgi calon yg ggal STPM setaraf
01/09/2014 :- Tarikh pendaftaran IPTA lepasan STPM setaraf
02/09/2014 :- Tarikh pendaftaran IPTA lepasan STPM setaraf
14/09/2014 :- Hebahan keputusan rayuan ke ipta lepasan stpm setaraf
20/09/2014 :- Hebahan Keputusan rayuan ke ipta lepasan stpm setaraf
17/09/2014 :- Pendaftaran pelajar rayuan ke IPTA lepasan STPM

Wednesday 5 March 2014

KERJAYA DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KERJAYA DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

KERJAYA DI UNIVERSITI MELAYA

SISTEM PERMOHONAN SECARA ONLINE JAWATAN DI JABATAN PERDANA MENTERI SEPANJANG MASA

KERJAYA DALAM BANK NEGARA MALAYSIA

DAFTAR SKIM LATIHAN 1 MALAYSIA






 facebook sl1m

 Sila Klik :  http://www.epu.gov.my/sl1m

JAWATAN KOSONG DI LEMBAGA GETAH MALAYSIA

Logo Lembaga Getah Malaysia 

 Malaysian Rubber Board Lembaga Getah Malaysia