Thursday 20 March 2014

Penajaan Kementerian Pelajaran Malaysia Bagi Pensyarah IPT

Sub Kepakaran / Post Doktoral
PROGRAM SUB KEPAKARAN / POST DOKTORAL
OBJEKTIF Menyediakan biasiswa kepada pensyarah-pensyarah di IPTA melanjutkan pengajian di              peringkat Sub-Kepakaran Perubatan dan Pasca Kedoktoran di dalam dan luar Negara bagi :
  • Meningkatkan mutu pengajaran dan pendidikan di IPTA melalui latihan berterusan dalam pelbagai kepakaran bagi seseorang pensyarah
  • Menyokong pelaksanaan rancangan latihan sedia ada yang dijalankan oleh IPTA
  • Menggalakan seseorang pensyarah mempunyai 2 bidang kepakaran yang berlainan dalam memantapkan pembangunan modal insan.
GOLONGAN SASARAN
  • Pensyarah yang  telah berkhidmat sekurang-kurangnya satu (1)  tahun selepas dianugerahkan PhD atau Sarjana Kepakaran dan tidak pernah mengikuti pengajian peringkat Pasca Kedoktoran/Sub-Kepakaran
PERINGKAT PENGAJIAN
  • Sub Kepakaran
  • Pasca kedoktoran
TEMPAT PENGAJIAN
  • Semua universiti dalam dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan.
IKATAN             PERANJIAN
  • Calon yang layak akan dikenakan ikatan perjanjian dan tempoh kontrak berkuat kuasa adalah bergantung kepada tempoh pengajian yang dibiayai oleh Kementerian.
SYARAT
  • Warganegara Malaysia;                                                                             
  • Telah disahkan dalam jawatan;                                                            
  • Bebas daripada tindakan tatatertib;                                                   
  • Berkhidmat sekurang-kurangnya satu (1) tahun selepas dianugerahkan PhD atau Sarjana Kepakaran;
  • Diperakukan oleh pihak majikan;                                                        
  • Tempoh kursus tidak melebihi 2 tahun; 
  • Lulus dengan jayanya Kursus Khas Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara; dan                                           
  • IELTS/TOEFL dikecualikan .
                                                     
PERMOHONAN / PERTANYAAN

Anda boleh mengemukakan permohonan melalui pegawai biasiswa / pegawai Hal Ehwal Pelajar di pusat pengajian masing-masing.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Unit Skim Latihan Akademik IPTA
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya
Talian Utama
03 – 8870 6000 (samb.)
Faks : 03 – 8870 6839

No comments:

Post a Comment