Thursday 20 March 2014

Penajaan Kementerian Pelajaran Malaysia Bagi Pensyarah IPT

SKIM LATIHAN AKADEMIK BUMIPUTRA (SLAB) /SKIM LATIHAN AKADEMIK IPTA (SLAI)
PROGRAM SKIM LATIHAN AKADEMIK BUMIPUTRA (SLAB) /SKIM LATIHAN AKADEMIK IPTA (SLAI)
OBJEKTIF
  • Meningkatkan kualiti anggota akademik berkelayakan PhD atau setaraf bagi mencapai 75% di Universiti Penyelidikan (RU) dan 60% di Universiti Bukan Penyelidikan pada tahun 2015.
  • Merupakan sebagai salah satu strategi untuk memperkasakan pengajian tinggi negara bagi menjadikan Malaysia sebagai pusat pengajian tinggi   serantau.
  • Menambahkan keperluan tenaga pengajar yang mendesak mengikut keperluan disiplin, menyokong pelaksanaan rancangan latihan sedia ada yang dijalankan oleh IPTA.
  • Meningkatkan mutu pengajaran dan pendidikan di IPTA melalui pewujudan tenaga pengajar yang berpendidikan tinggi.
GOLONGAN     SASARAN
  • Tutor, felo dan pensyarah di IPTA
PERINGKAT PENGAJIAN
  • Ijazah Kedoktoran atau setaraf
TEMPAT PENGAJIAN
  • Semua universiti dalam dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan
IKATAN               PERJANJIAN
  • Setiap calon mempunyai dua ikatan perjanjian iaitu bersama IPTA selaku majikan dan KPT bagi pihak Kerajaan dan tempoh kontrak berkuat kuasa adalah bergantung kepada tempoh pengajian yang dibiayai oleh Kementerian.
  • Kedua-dua perjanjian berjalan serentak kecuali jika pegawai mempunyai baki tempoh kontrak dari perjanjian yang terdahulu atau pemindahan kontrak dari penaja lain seperti JPA, maka baki kontrak tersebut perlu diselesaikan terlebih dahulu bermula dari tarikh pegawai melapor diri selepas menamatkan pengajian.
  • Kegagalan disebabkan pelanggaran perjanijan, tindakan ganti rugi akan dikenakan.
SYARAT
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak lebih daripada 45 tahun untuk peringkat pengajian Sarjana dan 43 tahun bagi peringkat PhD;
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 3.0 ke atas atau Kelas Dua Atas;
  • Tidak menerima sebarang bentuk penajaan dari lain-lain penaja;
  • Tiada ikatan perjanjian dengan pihak-pihak lain;
  • Lulus Tapisan Keselamatan Kerajaan;
  • Permohonan diperakukan oleh pihak universiti;
  • Bebas dari tindakan mahkamah atau tindakan tatatertib;
  • Menyediakan kertas cadangan pengajian (proposal);
Syarat Tambahan Bagi Permohonan Pengajian di Luar Negara:
  • Mendapat tawaran tempat pengajian dan diterima masuk ke universiti yang mempunyai ranking atau rating yang ditetapkan;
  • Mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris sama ada TOEFL 600 (paper based) atau 240 (computer-based) atau 92 (internet-based) atau IELTS sekurang-kurangnya lulus band 6.5
  • Lulus dengan jayanya Kursus Khas Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara.
PERMOHONAN / PERTANYAAN

Anda boleh mengemukakan permohonan melalui pegawai biasiswa / pegawai Hal Ehwal Pelajar di pusat pengajian masing-masing.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Unit Skim Latihan Akademik IPTA
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya
Talian Utama
03 – 8870 6000 (samb.)
Faks : 03 – 8870 6839

No comments:

Post a Comment