Thursday 20 March 2014

Penajaan Kementerian Pelajaran Malaysia Bagi Pensyarah IPT

HLP SB Bagi PPPT

PROGRAM
HLP SB Bagi PPPT
OBJEKTIF
Dilaksanakan sebagai menyokong program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH). Objektif adalah seperti berikut:
  • Meningkatkan kualiti tenaga pengajar politeknik dan kolej komuniti.
  • Memperkasa pengajian tinggi dengan 30% pensyarah di politeknik dan kolej komuniti memiliki kelayakan sarjana dan PhD pada tahun 2020.
  • Sebagai salah satu strategi untuk memperkasakan pengajian tinggi negara bagi menjadikan Malaysia sebagai pusat pengajian tinggi serantau.
  • Untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pendidikan di politeknik dan kolej komuniti melalui pewujudan tenaga pengajar yang berpendidikan tinggi.
GOLONGAN SASARAN
  • Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) dalam kumpulan Pengurusan dan                Profesional yang berkhidmat di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
PERINGKAT PENGAJIAN
  • PhD
  • Sarjana
TEMPAT PENGAJIAN
  • 20 IPTA
  • UTP
  • MMU
  • UNITEN
IKATAN             PERJANJIAN
  • Calon yang layak akan dikenakan ikatan perjanjian dan tempoh kontrak berkuat kuasa adalah bergantung kepada tempoh pengajian yang dibiayai oleh Kementerian.
SYARAT
SYARAT UMUM
  • Pegawai-pegawai yang diperakukan untuk mengikuti kursus ijazah lanjutan hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan perwatakan/sikap yang sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya berupaya memberi sumbangan ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi. Pegawai juga hendaklah mempunyai kelayakan ijazah pertama yang diiktiraf atau kelayakan yang setaraf dengannya.

SYARAT
 SYARAT KHUSUS

  • Berumur tidak lebih 50 tahun bagi peringkat Sarjana dan 46 tahun bagi peringkat Kedoktoran (PhD)pada tarikh tutup permohonan;
  • Telah disahkan dalam perkhidmatan;
  • Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun dalam skim PPPT pada tarikh tutup permohonan;
  • Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan (purata minimum 85 markah) setiap tahun bagi tiga tahun terkini;
  • Telah menerima tawaran untuk mengikuti pengajian secara separuh masa / sambilan di mana-mana IPTA tempatan, Universiti Multimedia, Universiti Teknologi Petronas atau Universiti Tenaga Nasional;
  • Telah mendaftar untuk sesi akademik tahun yang berkenaan;
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan (pencapaian CGPA minimum 2.5) bagi pengajian peringkat Sarjana dan Ijazah Sarjana yang baik bagi pengajian peringkat PhD;
  • Belum memiliki kelayakan Ijazah Lanjutan di peringkat yang sama tanpa mengira bidang pengkhususan;
  • Kursus yang diikuti adalah berkaitan dengan tugas pegawai dan diperlukan demi kepentingan perkhidmatan;
  • Tidak menerima sebarang bentuk penajaan daripada mana-mana badan penaja lain;
  • Bebas daripada sebarang hukuman tatatertib dan dakwaan di mahkamah; dan
  • Telah mengisytiharkan harta mengikut peraturan yang sedang berkuat kuasa.

PEMILIHAN
Hanya permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat-syarat ditetapkan sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.
Pemilihan muktamad akan diputuskan oleh Jawatankuasa Biasiswa, KPT.
PERMOHONAN / PERTANYAAN

Hebahan permohonan adalah melalui Portal KPT dan permohonan adalah secara atas talian.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Unit Biasiswa
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya
Talian Utama

03 – 8870 6000 (samb.)
Faks
:
03 – 8870 6839

No comments:

Post a Comment