Sunday, 2 February 2014
PERMOHONAN JAWATAN ONLINE MARDI MALAYSIA
Wednesday, 5 June 2013
JAWATAN KOSONG JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Jawatan Kosong Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia - Tarikh Tutup : 14 Jun 2013
- Pembantu Am Pejabat Gred N1
IKLAN JAWATAN:
http://www.bomba.gov.my/fileupload/IKLAN%20PEMBANTU%20AM%20PEJABAT%20N1,%20Pekerja%20Awam%20R1,%20Borang%20permohonan.pdf
Tarikh Tutup : 14 Jun 2013
JAWATAN KOSONG KERAJAAN NEGERI TERENGGANU
Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Terengganu - Tarikh Tutup : 18 Jun 2013
1. PENOLONG PEGAWAI PERIKANAN GRED G27
2. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN GRED 27
IKLAN JAWATAN:
http://spn.terengganu.gov.my/v4/index.php?option=com_content&view=category&id=69&Itemid=265&lang=bm
BORANG PERMOHONAN ONLINE:
http://spn.terengganu.gov.my/eSUPERNET/online1.php
Tarikh Tutup : 18 Jun 2013
Sunday, 26 May 2013
JAWATAN KOSONG DI LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA (LPNM) TARIKH TUTUP:30 MEI 2013
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) adalah
merupakan sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan
Industri Asas Tani Malaysia. Warganegara Malaysia yang berkelayakan,
komited dan berdedikasi adalah dipelawa untuk berkhidmat di LPNM bagi
mengisi jawatan-jawatan seperti berikut ::-
| BIL | SKIM PERKHIDMATAN | GRED | KLASIFIKASI PERKHIDMATAN | KEKOSONGAN | TEMPAT BERTUGAS | TARAF JAWATAN | KADAR UPAH |
| 1. | PEMBANTU EHWAL EKONOMI | E17 | PERKHIDMATAN EKONOMI | 2 JAWATAN PONTIAN 3 JAWATAN NEGERI SELANGOR | LAMAN NANAS, TAMAN PERTANIAN SERDANG, MALAYSIA AGRO EXPOSITION PARK SERDANG (MAEPS), IBU PEJABAT MARDI, 43400 SERDANG, SELANGOR. LEMABAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA PEJABAT NEGERI JOHOR, JALAN ABAS, 82000 PONTIAN, JOHOR | PEKERJA SAMBILAN HARIAN | RM 54.00 SEHARI |
CARA PERMOHONAN
| 1. |
Bagi
pemohon yang berminat dan berkelayakan untuk memohon jawatan seperti di
atas, borang permohonan dan syarat-syarat lantikan boleh dimuat turun
melalui laman web LPNM http://www.mpib.gov.my
| |
| 2. | Sila tulis nama jawatan yang dipohon pada bahagian atas di sebelah kiri sampul surat. | |
| 3. | Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga dan segala perbelanjaan untuk menghadiri temuduga adalah tanggungjawab permohonan sendiri. Keutamaan adalah calon-calon yang beralamat di Pontian dan Negeri Selangor | |
| 4. | Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap permohonan TIDAK BERJAYA. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh LPNM. | |
| 5. | Borang permohonan yang lengkap beserta salinan sijil yang telah disahkan hendaklah dikepilkan dan disusun mengikut turutan seperti berikut: | |
| i) | Salinan Sijil Kelahiran | |
| ii) | Salinan Kad Pengenalan | |
| iii) | Salinan Lesen Memandu | |
| iv) | Salinan Sijil Berhenti Sekolah | |
| v) | Salinan Kelayakan Akademik berserta transkrip – Ijazah/Diploma/STPM/SPM/PMR | |
| vi) | Surat sokongan/kebenaran | |
| vii) | Sijil-sijil penghargaan (mengikut tahun terkini) | |
| viii) | Sijil-sijil penyertaan (mengikut tahun terkini) | |
| 9. | Semua permohonan hendaklah sampai ke alamat dibawah sebelum atau pada 30 Mei 2013 ; | |
| KETUA PENGARAH LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA WISMA NANAS, NO. 5, JALAN PADI MAHSURI, BANDAR BARU UDA, 81200 JOHOR BAHRU, JOHOR DARUL TAKZIM (u/p: Bahagian Khidmat Pengurusan - Unit Perjawatan) | ||
| Bil | IKLAN DAN BORANG | Muat Turun PDF |
| 1. | Iklan Jawatan Kosong | Muat Turun |
| 2. | Borang Permohonan Jawatan Kosong | Muat Turun |
JAWATAN PEGAWAI PENYELIDIK DI MARDI
ISI PERMOHONAN SECARA ONLINE DI LAMAN WEB DI BAWAH:
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 31 MEI 2013
http://ejawatan.mardi.gov.my/index.php
TEMUDUGA TERBUKA PEGAWAI TEKNOLOGI MAKANAN JABATAN KESIHATAN NEGERI JOHOR
TEMUDUGA TERBUKA PEGAWAI TEKNOLOGI MAKANAN
( UNTUK JAWATAN PEKERJA HARIAN SAMBILAN )
- WARGANEGARA MALAYSIA BERUMUR 21 TAHUN KE ATAS
- MEMILIKI IJAZAH DALAM BIDANG BERKAITAN
- GAJI HARIAN RM 100
- TEMPOH 3 BULAN
SILA BAWA BERSAMA :
1. Kad Pengenalan (Asal & Salinan)
2. Sijil Pelajaran Malaysia (Asal & Salinan)
3. Sijil-sijil berkaitan
Sila emelkan ‘RESUME’ ke bkkm_johor@johr.moh.gov.my atau ukkm_johor@yahoo.com sebelum 31 Mei 2013.
Sebarang pertanyaan sila hubungi :
Talian telefon : 07-2372110 atau 019-724 6426 Pn. Nurul Asyikin Binti Danuri
* Senarai pendek akan dimaklumkan
TEMPAT TEMUDUGA :
BAHAGIAN KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN (BKKM)
JAB. KES. NEGERI JOHOR
HOSPITAL PERMAI LAMA
JALAN PERSIARAN PERMAI
81200 JOHOR BAHRU
JOHOR DARUL TA’ ZIM
Untuk muat turun iklan, sila klik di sini.
Sunday, 19 May 2013
PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM
Friday, 17 May 2013
Butiran Sistem Saraan Transformatif (SST) & Berita Gembira Untuk 1.4 Kakitangan Awam
Berdasarkan pemerhatian kami, apa yang
dinanti-nantikan kalangan penjawat awam disebalik pengumuman Datuk Seri
Najib Razak baru-baru dengan penuh harapan, samada elaun COLA dan elaun perumahan naik atau kekal seperti yang sedia ada sekarang? Atau isu gaji maksimum dan nasib 50,000 pegawai kontrak diberikan perhatian atau tidak?
2) 50,000 pegawai kontrak akan disambung setahun
- Berkuatkuasa 1 Januari 2013, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum diperuntukkan tambahan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak tiga kenaikan.
- Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) ini membabitkan 182,434 penjawat awam yang berada pada paras gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat menikmati KGT.
3) Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) antara RM80 hingga RM320
- Sementara kajian terus dilakukan sekitar 50,000 kakitangan kontrak yang akan tamat perkhidmatan pada 31 Disember tahun ini akan disambung setahun lagi.
4) Lain-lain
- Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) diawalkan pada 1 Julai 2013.
- Setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320.
- Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion;
- Skim perkhidmatan dari Gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR melibatkan 166,541 orang
- Urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dipendekkan tempoh kenaikan pangkat dari tempoh 15 tahun kepada 13 tahun yang melibatkan seramai 17,000 penjawat awam yang layak;
- Kaedah meluaskan pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi;
- Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji maksimum;
- Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan pariti perkhidmatan serta “pay for performance”;
Selepas kami meneliti dengan penuh
teliti sebutir demi sebutir ayat yang keluar daripada mulut emas Datuk
Seri Najib Razak sehingga tempoh akhir ucapan Perdana Menteri (sekitar
jam 12:05 tengahari, perkataan atau kalimah COLA dan elaun perumahan masih lagi tidak kedengaran. Dan pada masa itulah, secara tiba-tiba server kami mengalami gangguan yang sangat teruk
sehingga menyebabkan kalangan anda menghadapi kesukaran utnuk akses
berita Semasa. Tidak mengapa kita tinggalkan sebentar berkenaan ini.
Mungkin kalangan daripada anda, sebagai
penjawat perlu menunggu satu lagi siri berita gembira berkaitan COLA dan
elaun perumahan pada pembentangan Bajet 2014 kelak. Mungkin?
Kenaikan Gaji Tahunan 2013 (KGT) : Kiraanya?
Bagi kalangan penjawat awam, nampaknya
tahun 2013 ini mereka akan menerima kenaikan gaji sebanyak 2 kali
setahun (2 KGT). Contohnya :
Kakitangan yang mencapai gaji maksimum
ditambah lagi 3 tangga gaji. Oleh itu, penjawat awam yang sudah mencapai
gaji “mati” boleh naik gaji lagi sehingga tempoh 3 tahun. Selain
daripada itu iaitu kakitangan awam yang lain, 1 KGT antara RM80 – RM320
bakal diberikan. Contohnya :
Katakan DG 41, kenaikan gaji tahunan (KGT) ialah RM225 setahun. Bagi Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebelum Julai, kiraannya adalah seperti ini :
- Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) dikira bulan Julai 2013, bermakna pada bulan Julai semua orang akan dapat kenaikan tersebut.
- Bermakna bagi yang DG 41 naik RM230, DG 44 naik RM250, DG 48 naik RM270, DG 52 naik RM290 dan DG 54 naik RM320. Kenaikan gaji tahunan RM80 melibatkan tangga gaji yang bawah sekali.
- Yang mana daripada anda (penjawat awam) yang menerima KGT setiap tahun naik sekitar RM200, pada bulan April 2013, maka pada bulan Julai kelak anda dapat sekali lagi KGT RM200. Jelas?
- Ok. Siapa yang naik gaji pada bulan Januari, akan dapat kenaikan biasa pada bulan Januari dan pada bulan julai, naik lagi satu kenaikan. Masih jelas?
- Bagi yang naik gaji bulan Julai, maka secara automatiknya akan dapat 2 kenaikan gaji.
- Katakan gaji yang diberikan adalah RM3000.14 (Januari 2012 – Disember 2012) dan kenaikan ialah pada bulan Januari setiap tahun)
- Oleh itu, gaji yang diberikan pada Januari 2013 adalah seperti berikut : RM3000.14 + RM225 = RM 3225.14
- Manakala pada bulan Julai 2013 dibayar gaji RM 3225.14 + 225 = RM3450.14 (sepertimana yang Datuk Seri Najib umumkan baru-baru ini)
- Manakala pada Januari 2014 (RM3460.14 + RM225 = RM 3675.14)
Bagi yang menerima kenaikan gaji tahunan
pada bulan Julai. Katakanlah gaji yang anda terima sebanyak RM3000.14
(Julai 2012 – Jun 2013) dan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) ialah pada bulan
julai setiap tahun, kiraannya adalah seperti di bawah ini :
- Julai 2013 RM3000.14 + 225 = RM 3225.14
- Julai 2013 RM 3225.14 + 225 = RM3450.14 (Sepertimana yang diumumkan oleh Datuk Najib)
- Julai 2014 RM3460.14 + 225 = RM 3675.14
Begitulah sama kiraan utntuk kalangan
kakitangan awam yang menerima kenaikan gaji tahunan bagi kenaikan gaji
tahunan selepas bulan Julai iaitu bulan Oktober. Apa kata dan respon
anda dengan pengumuman berita gembira untuk penjawat awam kali ini?
Subscribe to:
Posts (Atom)







