Monday 6 May 2013

JOB AT KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA




KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA mempelawa calon-calon yang berkelayakan, bermotivasi dan kompeten bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:

PENGAWAL KESELAMATAN
SKOP KERJA
Menguatkuasakan Polisi dan Arahan Keselamatan KWSP terhadap anggota dan ahli KWSP.
KELAYAKAN
-  Terdiri daripada Warganegara Malaysia
-  Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
-  Memiliki kelulusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
-  Lulus dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
ATAU
-  Bekas Konstabel Polis Diraja Malaysia atau Prebet Angkatan Tentera Malaysia yang telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik
-  Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan baik
DAN
-  Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
(i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu
(ii) Berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46.3 kg bagi wanita
(iii) Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26
(iv) Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79 cm dan semasa  menarik nafas 84cm (lelaki sahaja)
(v) Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata
(vi) Pengecaman warna yang baik dan pendengaran yang tidak cacat
(vii) Memiliki lesen memandu yang sah tempoh kelas D/E/E1/E2/F/G mana yang berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
(viii) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor
STATUS JAWATAN
Tetap
CARA MEMOHON
Calon-calon yang berminat perlu mengemukakan permohonan (nyatakan jawatan yang dipohon) beserta keterangan peribadi yang lengkap (resume/curriculum vitae) mengenai kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik, kad pengenalan (MyKad), sijil kelahiran, slip gaji (jika ada), nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) selewat-lewatnya pada 10 MEI 2013 ke:
pengawal.keselamatan@gmail.com
Bagi calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan. Hanya permohonan yang LENGKAP sahaja akan diproses.
Semua permohonan adalah SULIT dan hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Permohonan calon adalah dikira TIDAK BERJAYA sekiranya tidak menerima sebarang maklumbalas dari KWSP 6 BULAN dari tarikh iklan ditutup.

No comments:

Post a Comment